Saturday, November 13, 2010

Prgram Syaitan?

Syaitan telah membuat serangan mengejut! Semua peperangan rohani yang dilancarkan saat ini tertumpu terhadap kanak-kanak!
Fakta:
1. Empayar syaitan mempengaruhi minda kanak-kanak melalui televisyen. Imej, simbol & konsep ajaran New Age (iluminati) diterapkan dalam program, kartun & filem.
2. Pada umur 2-3 tahun, dianggarkan kekerapan seorang kanak-kanak menonton televisyen adalah 26-33 jam seminggu. 
3. 75% drama yang ditonton mereka memiliki unsur kekejaman dalam perlakuan fizikal, mental dan juga secara lisan.
4. seorang budak 15 tahun dianggarkan telah melihat pembunuhan kejam ke atas lebih 13000 orang. (filem) dan akan membuat percubaan membunuh pada umur 21.
5. 78% ibubapa menggunakan televisyen sebagai baby sitter anak mereka.
6. Kebanyakan kanak-kanak meghabiskan 11 000 jam di sekolah namun lebih 22 000 jam berada di hadapan tV.
7. Banyak kartun yang mengandungi tema dan simbol kumulan rahsia (iluminati) namun diperlihatkan dengan sangat halus sehingga penonton tidak menyedari akan kehadiran tema dan simbol ini.

Bukti2:
1. Spongebob Squarepants:

" Devil's hand" ( atau "cornuti" daam bahasa Itali) menunjukkan Kekuasaan Syaitan. Simbol ini digunakan secara umum oleh ahli politik, selebriti terutamanya band2 musik Metal menunjukkan bahawa mereka berada di dalam kekuasaan Syaitan. Maksud simbol tangan ini adalah "Puja Syaitan".
"EYE OF HORUS"
" The eye n he pyramid is the eye of Lucifer. Supposedly the Rothschild's have personal dealings with the Devil. I have personally been in his villa and have experienced it. And I know it is true." -John Todd-   
2. Yu-Gi-Oh





so.... rethink  wether you wanna let your child or siblings watch tV.. don't let them get into this freemansory & iluminati things. God is our everything...

Wednesday, November 10, 2010

~ When A Man Love A Woman~

When a man loves a woman,
Can't keep his mind on nothing else,
He trade the world for the good things he found.
If she is bad,
He can't see it,
She can't do no wrong
turn his back on his best friend, 
If he put her down.
When a man loves a woman,
Spend his very last dime,
Tyrin' to hold on, to what she need.
He'd give up all his comforts,
Sleep out in the rain,
If she said the ways it ought to be.
When a man love a woman,
I give you everything I've got.
Tryin' to hold on to your precious love,
Baby, baby please don't treat me bad.
When a man loves a women, deep down in his soul,
she can bring him such misery.
If she's playin' him a fool,
He's the last one to know.
Lovin' eyes cant never see.
Yes when a man loves a women, 
I know exactly how it feel,
Cause baby,
When a man, loves a woman.


Sunday, November 7, 2010

JANGAN ketagih siber!

ketagih

Ketagih teman siber
Oleh Ahmad Shahrul Nizam Muhammad
ahmadshahrul@hmetro.com.my


SHAH ALAM: Dia tidak pernah meninggalkan solat selain pandai mengaji al-Quran, namun memiliki perangai pelik iaitu gemar berbual lucah dan menggoda teman siber di laman sembang.
Apabila ditegur supaya menghentikan perbuatan itu, lelaki terbabit naik angin lalu membelasah isterinya hingga cedera sebelum melakukan seks ganas terhadapnya.
Kepala wanita itu turut dihantuk ke dinding, ditumbuk dan dipijak dalam bilik air menyebabkan mangsa tinggal nyawa-nyawa ikan.
Dia hanya menghentikan tindakan gila dan kejam itu selepas melihat darah mengalir di tubuh isterinya.
Kehidupan penuh penderitaan itu didedahkan mangsa yang juga seorang pegawai kanan kerajaan kepada Harian Metro, baru-baru ini.
Dia yang mahu dikenali sebagai Julia, 30-an, turut menunjukkan lebih 10 laporan polis berkaitan tindakan ganas suaminya.
Menurut Julia, dia tidak menyangka suaminya yang alim dan pandai mengaji al-Quran gemar melayari laman sembang untuk menggoda dan berbual lucah dengan gadis sunti dan pelajar perempuan.
“Suami saya yang berusia 40-an mula menggatal ketika menjalinkan hubungan intim dengan teman siber yang kebanyakan gadis muda.
“Bukan itu saja, dia sering berbual melalui video secara langsung dengan gadis yang menjadi teman sibernya sambil menggunakan perkataan lucah dan menggoda bagi merangsangkan diri dan gadis terbabit,” katanya.
Katanya, dia pernah terserempak pelbagai perkataan dan gambar lucah digunakan suami yang mungkin untuk menaikkan keghairahan gadis siber yang menjadi temannya.
“Apabila saya dapat menghidu perbuatan suami, bermula derita saya yang dijadikan tempat untuk dibelasah sehingga berdarah dan lebam di beberapa bahagian badan.
“Paling terbaru, apabila berlaku sedikit perselisihan sebelum saya dibelasah dan dicekik sebelum dicampakkan di atas katil.
“Suami turut menekan tangan saya dengan lutut dan menggigit dagu hingga berdarah selain beberapa kali meludah muka saya,” katanya yang mempunyai tiga anak berusia tiga dan tujuh tahun.
Julia juga mendakwa pernah diugut dibakar mukanya menggunakan pemetik api oleh lelaki terbabit.
Malah, muka wanita itu pernah cedera akibat disambar api yang diacukan.
Sambil menitiskan air mata, wanita itu menyatakan dia sudah mengambil beberapa langkah bagi mempertahankan diri termasuk membuat 10 laporan polis bagi mengelak daripada terus menjadi belasahan suami.
Dia pernah membawa polis ke rumah selepas dibelasah hingga cedera, tetapi sebaik polis pulang, suaminya terus membelasah diri tanpa mampu mempertahankan diri.
“Saya cuba mendapatkan perlindungan untuk tinggal berasingan melalui proses undang-undang, tapi tidak diendahkan suami yang terus menerus membelasah saya dengan mencekik dan mengugut mahu mencederakan muka saya,” katanya yang mengakui suami sudah dikenakan tindakan undang-undang apabila ingkar arahan berkenaan.
Katanya, dia sudah melakukan sebaik mungkin sebagai isteri bagi mempertahankan usia perkahwinan yang sudah menjangkau lebih 10 tahun.
Menurutnya, dia tidak mempunyai pilihan selain mengemukakan tuntutan fasakh di mahkamah syariah dan berharap permohonan itu dapat disegerakan.
“Sebagai wanita yang sudah diperlakukan sebagai binatang, saya sudah tidak ada perasaan lagi terhadap lelaki terbabit.
“Apa yang mahu saya lakukan sekarang adalah keluar daripada kehidupan seperti haiwan itu dan dapat membesarkan anak dengan penuh kasih sayang,” katanya yang masih trauma walaupun suaminya itu sudah tinggal berasingan sekarang.
Bagaimanapun, Julia masih bimbang tindakan tidak menentu suami apabila mengetahui tuntutan di mahkamah syariah sudah dilakukan.

Salah Siapa?

rogol

Mangsa lelaki jahanam
Oleh NAZARALI SAERIL
KUALA LUMPUR: Dia hanya berusia 14 tahun tetapi masa depannya diragut akibat dirogol seorang lelaki beristeri empat, menyebabkannya kecewa lantas merelakan teman lelaki serta rakan sekolah ‘membaham’ tubuhnya hampir setiap hari selama berbulan-bulan. Setiap kali berpeluang, dia sanggup melakukan hubungan seks dengan seorang atau hingga lapan lelaki sekali gus dan lebih teruk lagi, aktiviti terbabit dilakukan di stor sekolah tempatnya belajar.Gadis tingkatan dua itu yang mahu dikenali sebagai Roslina mendedahkan perilaku buruknya bukan untuk berbangga, sebaliknya sebagai pengajaran kepada pihak lain dan dia kini bertaubat.
“Segala-galanya bermula awal tahun ini apabila teman lelaki mengajak saya ke Kuala Lumpur. Sampai di stesen bas, dia tiba-tiba menukar fikiran dan memberi alasan ada urusan kecemasan. “Saya ditinggalkannya bersendirian dan tidak lama kemudian saya disapa seorang lelaki berusia 40-an yang memberitahu dia mahu berkenalan,” katanya yang berasal dari utara tanah air. Menurut Roslina, lelaki itu seterusnya menawarkan diri untuk menghantarnya pulang ke rumah dan dia tanpa berfikir panjang terus bersetuju. “Namun dalam perjalanan, dia menukar haluan dan berhenti di sebuah hotel. Dia ajak saya masuk ke hotel, bila saya tak mahu, dia paksa saya. Di dalam bilik, dia mengajak saya melakukan hubungan seks, sekali lagi saya enggan. “Akibatnya pakaian saya disentap dan saya dirogol. Selepas itu dia menghantar saya pulang, tetapi dalam perjalanan kami berhenti di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) sebuah lebuh raya dan dia merogol saya sekali lagi di dalam kereta,” katanya sambil mengalirkan air mata.
Sampai di rumah, Roslina memaklumkan kejadian yang menimpa dirinya kepada keluarga. Mereka kemudian membuat laporan polis dan ketika itulah dia mengetahui lelaki terbabit beristeri empat.Ditanya adakah lelaki itu kemudian ditahan polis, Roslina berkata, dia tidak tahu hal itu dan tiada siapa memaklumkan kepadanya mengenai perkembangan lanjut.Roslina berkata, selepas kejadian itu dia mulai murung, berasakan diri tidak berguna kepada keluarga dan tiada masa depan lagi.“Saya mula ponteng sekolah, merokok dan meneguk arak dengan rakan. Lebih teruk lagi, saya terjebak mengadakan hubungan seks dengan teman lelaki.“Kerana ketagih, saya sanggup mengadakan hubungan seks secara berkumpulan iaitu bersama teman lelaki dan rakan lain di sekolah, biasanya antara tujuh hingga lapan orang serentak.
“Kami mencari lokasi sesuai dan akhirnya melakukan kegiatan itu di sebuah stor di sekolah,” katanya.Menurut Roslina, dia dan kumpulan seksnya melepaskan nafsu serakah mereka asal ada peluang dan tanpa mengira waktu.“Ada kalanya kami lakukan pada waktu pagi ketika pelajar lain menghadiri perhimpunan, namun biasanya kami buat pada waktu petang selepas tamat sesi persekolahan. Kami tidak memikirkan dosa dan perkara negatif lain kerana yang penting hanya puaskan nafsu,” katanya.Menurutnya, kegiatan seks rambang itu dilakukannya bersama rakan hampir empat bulan sebelum ia dihidu pihak sekolah.“Kami dicekup ketika ‘beraksi’ di stor. Saya dibuang sekolah dan kini menyesal dengan apa yang saya lakukan. Saya memalukan keluarga dan memusnahkan masa depan sendiri.“Namun saya bersyukur kerana ibu bapa dan adik beradik tidak membuang saya, sebaliknya tabah membimbing dan menyokong saya untuk membina hidup baru. Saya bertaubat dan berjanji tidak mahu mengecewakan lagi ibu, ayah serta adik beradik,” katanya.

Sunday, October 31, 2010

Freemansory

Square_compasses

Apa itu “freemansory”?

freemansory ialah pertubuhan persaudaraan yang muncul dengan asal usul yang kabur antara (akhir abad ke-16 hingga awal abad ke-17) Pertubuhan ini kini wujud dalam berbagai-bagai style di seluruh dunia,keahliannya dianggarkan sebanyak sekitar lima juta (termasuk sekitar 480,000 orang di England,Scotland dan Ireland sahaja, serta lebih kurang dua juta orang di Amerika Syarikat.Pertubuhan Freemason yang wujud dalam pelbagai bentuk berkongsi prinsip dan pandangan moral dan metafizik yang sama, lazimnya mereka berkongsi kepercayaan kepada satu Makhluk Agung (Supreme Being)…

Prinsip dan aktiviti utama

Freemason seringkala dipanggil sebagai "persatuan rahsia". Bagaimanapun bagi ahli Freemason, persatuan mereka lebih tepat sebagai persatuan yang hanya boleh difahami oleh orang tertentu kerana sesetengah aspeknya adalah sulit. Pada kurun ke-21, persatuan ini menjadi tidak lagi rahsia (lebih terbuka) dan lebih kepada "persatuan yang mempunyai rahsia". Aspek sulit dalam persatuan moden ini adalah pengiktirafan sesama ahli dan sesetengah elemen ritual. Walaupun ia sebuah organisasi yang pelbagai, kerja amal masyarakat dan memelihara persaudaraan sesama ahli masih menjadi perkara pokok.

Freemason di Iraq

Sebilangan cawangan Freemason di Iraq telah wujud seawal tahun 1903, dan bertambah bilangannya apabila negara itu diperintah di bawah Mandat British sejurus selepas Perang Dunia I. Bagaimanapun, keadaan itu berubah pada bulan Julai 1958 selepas Revolusi, dengan pembubaran pemerintahan beraja dan pengisytiharan Iraq sebagai sebuah republik di bawah Jeneral Qasim. Lesen yang membenarkan cawangan Freemason ditarik balik dan undang-undang diperkenalkan untuk mengharamkan sebarang perjumpaan Freemason. Pendirian itu kemudian diperkukuh oleh Saddam Hussein, yang menetapkan hukuman mati bagi mereka yang "mempromosikan atau menyanjung prinsip-prinsip Zionisme, termasuk Freemason, dan mereka yang melibatkan diri dalam pertubuhan Zionisme". Dengan kejatuhan pemerintahan Saddam Hussein selepas serangan Amerika Syarikat ke atas Iraq, pengharaman ke atas Freemason dimansuhkan dan pada tahun 2007, Land Air and Sea Lodge, No. 1 dianugerahi dengan piagam oleh Loji Besar New York (Grand Lodge of New York).

Freemason di Malaysia

Freemason pernah menjadi isu di Malaysia apabila Haji Sulaiman Palestin bertanding jawatan dalam UMNO. Ada dakwaan pemimpin tertentu ditaja atau menjadi ahli Freemason untuk melonjak naik dalam hierarki negara. Awal 1980-an isu ini kembali senyap dalam persidangan UMNO.

Di Malaysia, cawangan Freemason beroperasi sebagai Loji Besar Daerah Timur Tengah (District Grand Lodges of Middle East atau DGLME). DGLME secara rasmi bermula di Kuala Lumpur pada 20 Oktober 1916. Ia dipanggil Timur Tengah kerana pada awal kurun ke-19, setiap yang berada antara timur India tidak termasuk timur jauh (Hong Kong, China dan Jepun) dikenali sebagai Timur Tengah. Hanya pada kurun ke-20, istilah Timur Tengah merujuk kepada negara Arab dan Teluk. Cawangan ini bagaimanapun tidak mahu mengubah namanya kerana sudah biasa dengan nama tersebut dan tradisinya.

 

Tentangan dan kritikan terhadap Freemason

 

Islam & Freemason

Sesetengah ulama Islam menegaskan adalah tujuan utama Freemason ialah mengambil kembali tanah Palestin dan membina kembali Haikal Sulaiman di bawah runtuhan Masjid Al-Aqsa , kemudian akan melebarkan pemerintahannya ke Syria, Iraq, Jordan, Mesir  dan terus menuju ke Al Madinah di Arab Saudi. Pergerakan ini didakwa dibentuk bagi mengembangkan fahamanYahudi dengan cara bergiat cergas di dalam bidang pendidikan, politik, budaya dan sosial.

Gerakan ini berkembang di seluruh dunia termasuk di negara-negara Islam seperti Turki era Mustafa Kamal Ataturk. Freemason juga berkembang luas di Mesir, Maghribi, Lubnan, Malaysia dan lain-lain. Gerakan ini dikaburkan melalui kegiatan amal seperti membantu keluarga yang miskin dan menganjurkan pertunjukan amal untuk disedekahkan kepada mereka yang memerlukan.

Gerakan ini jelas nyata memperjuangkan kewujudan negara Israel dan Yahudi di bumi Palestin antara tahun 1940an dan 1970-an. Lantaran orang Islam bersikap anti-Freemason, anti-Semitisme dan anti-Zionisme. Ada yang mengaitkan Freemason dengan Dajjal yang akan hadir pada akhir zaman. Ini berdasarkan simbol Free Masonic yang dikenali "Satu Mata Melihat Semua" (All Seeing One Eye) dikatakan menyerupai Dajjal bermata satu.

Kristian & Freemason

Beberapa mazhab Kristian mempunyai sikap negatif terhadap Freemason termasuk mengharamkan atau tidak menggalakkan penganutnya daripada menjadi ahli Freemason.

Kristian Katolik mempunyai sejarah panjang dalam penolakannya. Penolakan Gereja Katolik berdasarkan dakwaan bahawa Freemason mengajar bahawa semua agama adalah sama yang bertentangan dengan doktrin Gereja Katolik. Terdapat banyak arahan paus yang melarang terlibat dengan Freemason. Pertama adalah daripada Paus Clemant XII pada 28 April 1738 dan yang terbaru daripada Paus Leo XIII pada 15 Oktober 1890. Kanun Hukum Gereja tahun 1917 juga mengharamkan buka yang mesra dengan Freemason.

Pada tahun 1983, Gereja mengeluarkan Kanun Hukum Gereja yang baru tetapi berlainan daripada sebelumnya, ia tidak secara jelas menyebut persatuan rahsia mana yang dikutuk. Ini menyebabkan ramai daripada kalangan penganut Katolik mahu pun daripada Freemason yang percaya larangan ke atas Freemason sudah ditarik balik. Bagaimana pun perkara ini dijelaskan oleh Kardinal Joseph Ratzinger (yang kini Paus Benedict XVI) bahawa pihak Gereja Katolik masih menganggap doktrin Katolik dan Freemason tidak selari dan keanggotaan penganut Katolik dalam Freemason masih dilarang.

 

semua informasi diambil dari wikipwedia: freemason

Tuesday, October 26, 2010

Anugerah Juara Lagu 24 (AJL 24) with iluminati? ~pergh

Aduhai... Saya berbuat demikian bukan kerana saya ingin memburuk-burukkan nama sesetengah pihak yang terlibat. Namun disebabkan rasa risau dan ingin berkongsi dengan anda semua bahawa iluminati sudah melabuhkan empayarnya di Malaysia.
Untuk info yg lebih lanjut adalah lebih baik anda tonton kembali AJL 24 di website TV3 www.tv3.com.my selepas anda baca post sy ini.


1. Perhatikan gambar dibawah.

ada apa2 yg sama tak dngan snapshot di AJL 24 nii?

>> KEBETULAN KE APA?!

Banyak kostum ala-ala bangsawan firaun selalu dipakai dalam acara-acara sebegini. Mengapa ingin dipertontonkan sangat si firaun yang telah dilaknat ini? Untuk mengetahui jawapannya, anda perlu buka fikiran anda dan fikirkan tentangnya..
 
>> Alyah yang merupakan finalis AJL 24 mengenakan gaun merah ala-ala lady in red.

Apa yang dipakai oleh Alyah? Mungkin ada di antara kita kurang senang dengan persamaan ini, terpulang kepada anda. Tapi bagi saya ini merupakan satu rancangan tertutup dan saya juga percaya yang di atas pentas itu juga tidak tahu menahu mengenai semua ini. Kebetulan? saya kata tidak.

Anda mungkin ada yang sudah tahu mengenai the Master Carpet, turut dikenali sebagai Checkered Floor, tetapi bagi yang belum tahu, sila ambil tahu. Ini adalah gambaran jelas mengenainya.
>>zooM!






>>>>>> Di AJL 24 PUN ADA juGAK!!!<<<<<<


>>>>>>>> Kebetulan lagi ke???<<<<<<<<<<

apa persamaannya dengan gambar di bawah??



Gambar di atas merupakan logo salah sebuah kumpulan nyanyian di Malaysia; Search. Terlalu ketara persamaannya. Saya tidak perlu menulis panjang kerana anda telah berfikir dan terfikir apa yang saya akan tulis.

Lihat ditangga turun naik di atas pentas ini. Terdapat susunan cahaya berbentuk piramid. Lihat snapshot di bawah.






Ok.... para pembaca sekalian... saya hanya mengongsikan pendapat saya... So, yang embuat pertimbangan adalah pembaca sekalian.~


 (Sumber: Buku "mystery of the unknown; Ancient wisdom and secret sects, feryco.com[(disebalik-anugerah-juara-lagu-24-dan-isu-masonic) ])

Sunday, October 24, 2010

Kasih sayang x berpenghujung~

GAMBAR menunjukkan Jean memegang potret suami dan dirinya yang dirakamkan pada 1940-an.
WYALUSING, Pennsylvania - Seorang janda berusia 91 tahun, Jean Stevens tinggal di sebuah rumah bersama mayat suami dan kakak kembarnya yang disimpannya selama lebih sepuluh tahun sebelum pihak polis mengetahui situasi yang menyeramkan itu."Saya amat sukar menerima kematian," kata Jean dengan nada terkejut.Apabila ditanya, dia tidak ingat siapa yang membantunya menggali mayat itu.Jean menyalahkan seorang saudara mendiang suaminya kerana melaporkan perkara itu kepada polis.

Suaminya selama hampir 60 tahun, James Stevens meninggal dunia pada tahun 1999 akibat penyakit Parkinson manakala kakak kembarnya pula June Stevens meninggal dunia pada Oktober tahun lalu kerana kanser.Mayat itu kini berada di bawah jagaan pihak berkuasa wilayah Bradford.Mayat kakaknya itu pada mulanya ditanam di belakang rumahnya."Dengan cara ini (menyimpan mayat dalam rumah) saya boleh menyentuh, melihat dan bercakap dengannya." katanya.Dia menyimpan mayat kakaknya yang dipakaikan kot terbaiknya di atas satu sofa lama di dalam sebuah bilik kosong dan turut menyemburkan kakaknya dengan minyak wangi mahal kegemarannya.

Suaminya yang sebelum ini pernah dikebumikan di tanah perkuburan berhampiran rumahnya dipakaikan sut gelap, kemeja putih dan tali leher berwarna biru.Dia disimpan di atas sebuah sofa di dalam sebuah garaj.Jean mungkin berdepan tuduhan 'mendera' mayat yang disifatkan sebagai satu kesalahan jenayah. - AP
Anda mungkin juga meminati: