Sunday, October 31, 2010

Freemansory

Square_compasses

Apa itu “freemansory”?

freemansory ialah pertubuhan persaudaraan yang muncul dengan asal usul yang kabur antara (akhir abad ke-16 hingga awal abad ke-17) Pertubuhan ini kini wujud dalam berbagai-bagai style di seluruh dunia,keahliannya dianggarkan sebanyak sekitar lima juta (termasuk sekitar 480,000 orang di England,Scotland dan Ireland sahaja, serta lebih kurang dua juta orang di Amerika Syarikat.Pertubuhan Freemason yang wujud dalam pelbagai bentuk berkongsi prinsip dan pandangan moral dan metafizik yang sama, lazimnya mereka berkongsi kepercayaan kepada satu Makhluk Agung (Supreme Being)…

Prinsip dan aktiviti utama

Freemason seringkala dipanggil sebagai "persatuan rahsia". Bagaimanapun bagi ahli Freemason, persatuan mereka lebih tepat sebagai persatuan yang hanya boleh difahami oleh orang tertentu kerana sesetengah aspeknya adalah sulit. Pada kurun ke-21, persatuan ini menjadi tidak lagi rahsia (lebih terbuka) dan lebih kepada "persatuan yang mempunyai rahsia". Aspek sulit dalam persatuan moden ini adalah pengiktirafan sesama ahli dan sesetengah elemen ritual. Walaupun ia sebuah organisasi yang pelbagai, kerja amal masyarakat dan memelihara persaudaraan sesama ahli masih menjadi perkara pokok.

Freemason di Iraq

Sebilangan cawangan Freemason di Iraq telah wujud seawal tahun 1903, dan bertambah bilangannya apabila negara itu diperintah di bawah Mandat British sejurus selepas Perang Dunia I. Bagaimanapun, keadaan itu berubah pada bulan Julai 1958 selepas Revolusi, dengan pembubaran pemerintahan beraja dan pengisytiharan Iraq sebagai sebuah republik di bawah Jeneral Qasim. Lesen yang membenarkan cawangan Freemason ditarik balik dan undang-undang diperkenalkan untuk mengharamkan sebarang perjumpaan Freemason. Pendirian itu kemudian diperkukuh oleh Saddam Hussein, yang menetapkan hukuman mati bagi mereka yang "mempromosikan atau menyanjung prinsip-prinsip Zionisme, termasuk Freemason, dan mereka yang melibatkan diri dalam pertubuhan Zionisme". Dengan kejatuhan pemerintahan Saddam Hussein selepas serangan Amerika Syarikat ke atas Iraq, pengharaman ke atas Freemason dimansuhkan dan pada tahun 2007, Land Air and Sea Lodge, No. 1 dianugerahi dengan piagam oleh Loji Besar New York (Grand Lodge of New York).

Freemason di Malaysia

Freemason pernah menjadi isu di Malaysia apabila Haji Sulaiman Palestin bertanding jawatan dalam UMNO. Ada dakwaan pemimpin tertentu ditaja atau menjadi ahli Freemason untuk melonjak naik dalam hierarki negara. Awal 1980-an isu ini kembali senyap dalam persidangan UMNO.

Di Malaysia, cawangan Freemason beroperasi sebagai Loji Besar Daerah Timur Tengah (District Grand Lodges of Middle East atau DGLME). DGLME secara rasmi bermula di Kuala Lumpur pada 20 Oktober 1916. Ia dipanggil Timur Tengah kerana pada awal kurun ke-19, setiap yang berada antara timur India tidak termasuk timur jauh (Hong Kong, China dan Jepun) dikenali sebagai Timur Tengah. Hanya pada kurun ke-20, istilah Timur Tengah merujuk kepada negara Arab dan Teluk. Cawangan ini bagaimanapun tidak mahu mengubah namanya kerana sudah biasa dengan nama tersebut dan tradisinya.

 

Tentangan dan kritikan terhadap Freemason

 

Islam & Freemason

Sesetengah ulama Islam menegaskan adalah tujuan utama Freemason ialah mengambil kembali tanah Palestin dan membina kembali Haikal Sulaiman di bawah runtuhan Masjid Al-Aqsa , kemudian akan melebarkan pemerintahannya ke Syria, Iraq, Jordan, Mesir  dan terus menuju ke Al Madinah di Arab Saudi. Pergerakan ini didakwa dibentuk bagi mengembangkan fahamanYahudi dengan cara bergiat cergas di dalam bidang pendidikan, politik, budaya dan sosial.

Gerakan ini berkembang di seluruh dunia termasuk di negara-negara Islam seperti Turki era Mustafa Kamal Ataturk. Freemason juga berkembang luas di Mesir, Maghribi, Lubnan, Malaysia dan lain-lain. Gerakan ini dikaburkan melalui kegiatan amal seperti membantu keluarga yang miskin dan menganjurkan pertunjukan amal untuk disedekahkan kepada mereka yang memerlukan.

Gerakan ini jelas nyata memperjuangkan kewujudan negara Israel dan Yahudi di bumi Palestin antara tahun 1940an dan 1970-an. Lantaran orang Islam bersikap anti-Freemason, anti-Semitisme dan anti-Zionisme. Ada yang mengaitkan Freemason dengan Dajjal yang akan hadir pada akhir zaman. Ini berdasarkan simbol Free Masonic yang dikenali "Satu Mata Melihat Semua" (All Seeing One Eye) dikatakan menyerupai Dajjal bermata satu.

Kristian & Freemason

Beberapa mazhab Kristian mempunyai sikap negatif terhadap Freemason termasuk mengharamkan atau tidak menggalakkan penganutnya daripada menjadi ahli Freemason.

Kristian Katolik mempunyai sejarah panjang dalam penolakannya. Penolakan Gereja Katolik berdasarkan dakwaan bahawa Freemason mengajar bahawa semua agama adalah sama yang bertentangan dengan doktrin Gereja Katolik. Terdapat banyak arahan paus yang melarang terlibat dengan Freemason. Pertama adalah daripada Paus Clemant XII pada 28 April 1738 dan yang terbaru daripada Paus Leo XIII pada 15 Oktober 1890. Kanun Hukum Gereja tahun 1917 juga mengharamkan buka yang mesra dengan Freemason.

Pada tahun 1983, Gereja mengeluarkan Kanun Hukum Gereja yang baru tetapi berlainan daripada sebelumnya, ia tidak secara jelas menyebut persatuan rahsia mana yang dikutuk. Ini menyebabkan ramai daripada kalangan penganut Katolik mahu pun daripada Freemason yang percaya larangan ke atas Freemason sudah ditarik balik. Bagaimana pun perkara ini dijelaskan oleh Kardinal Joseph Ratzinger (yang kini Paus Benedict XVI) bahawa pihak Gereja Katolik masih menganggap doktrin Katolik dan Freemason tidak selari dan keanggotaan penganut Katolik dalam Freemason masih dilarang.

 

semua informasi diambil dari wikipwedia: freemason

Tuesday, October 26, 2010

Anugerah Juara Lagu 24 (AJL 24) with iluminati? ~pergh

Aduhai... Saya berbuat demikian bukan kerana saya ingin memburuk-burukkan nama sesetengah pihak yang terlibat. Namun disebabkan rasa risau dan ingin berkongsi dengan anda semua bahawa iluminati sudah melabuhkan empayarnya di Malaysia.
Untuk info yg lebih lanjut adalah lebih baik anda tonton kembali AJL 24 di website TV3 www.tv3.com.my selepas anda baca post sy ini.


1. Perhatikan gambar dibawah.

ada apa2 yg sama tak dngan snapshot di AJL 24 nii?

>> KEBETULAN KE APA?!

Banyak kostum ala-ala bangsawan firaun selalu dipakai dalam acara-acara sebegini. Mengapa ingin dipertontonkan sangat si firaun yang telah dilaknat ini? Untuk mengetahui jawapannya, anda perlu buka fikiran anda dan fikirkan tentangnya..
 
>> Alyah yang merupakan finalis AJL 24 mengenakan gaun merah ala-ala lady in red.

Apa yang dipakai oleh Alyah? Mungkin ada di antara kita kurang senang dengan persamaan ini, terpulang kepada anda. Tapi bagi saya ini merupakan satu rancangan tertutup dan saya juga percaya yang di atas pentas itu juga tidak tahu menahu mengenai semua ini. Kebetulan? saya kata tidak.

Anda mungkin ada yang sudah tahu mengenai the Master Carpet, turut dikenali sebagai Checkered Floor, tetapi bagi yang belum tahu, sila ambil tahu. Ini adalah gambaran jelas mengenainya.
>>zooM!






>>>>>> Di AJL 24 PUN ADA juGAK!!!<<<<<<


>>>>>>>> Kebetulan lagi ke???<<<<<<<<<<

apa persamaannya dengan gambar di bawah??



Gambar di atas merupakan logo salah sebuah kumpulan nyanyian di Malaysia; Search. Terlalu ketara persamaannya. Saya tidak perlu menulis panjang kerana anda telah berfikir dan terfikir apa yang saya akan tulis.

Lihat ditangga turun naik di atas pentas ini. Terdapat susunan cahaya berbentuk piramid. Lihat snapshot di bawah.






Ok.... para pembaca sekalian... saya hanya mengongsikan pendapat saya... So, yang embuat pertimbangan adalah pembaca sekalian.~


 (Sumber: Buku "mystery of the unknown; Ancient wisdom and secret sects, feryco.com[(disebalik-anugerah-juara-lagu-24-dan-isu-masonic) ])

Sunday, October 24, 2010

Kasih sayang x berpenghujung~

GAMBAR menunjukkan Jean memegang potret suami dan dirinya yang dirakamkan pada 1940-an.
WYALUSING, Pennsylvania - Seorang janda berusia 91 tahun, Jean Stevens tinggal di sebuah rumah bersama mayat suami dan kakak kembarnya yang disimpannya selama lebih sepuluh tahun sebelum pihak polis mengetahui situasi yang menyeramkan itu."Saya amat sukar menerima kematian," kata Jean dengan nada terkejut.Apabila ditanya, dia tidak ingat siapa yang membantunya menggali mayat itu.Jean menyalahkan seorang saudara mendiang suaminya kerana melaporkan perkara itu kepada polis.

Suaminya selama hampir 60 tahun, James Stevens meninggal dunia pada tahun 1999 akibat penyakit Parkinson manakala kakak kembarnya pula June Stevens meninggal dunia pada Oktober tahun lalu kerana kanser.Mayat itu kini berada di bawah jagaan pihak berkuasa wilayah Bradford.Mayat kakaknya itu pada mulanya ditanam di belakang rumahnya."Dengan cara ini (menyimpan mayat dalam rumah) saya boleh menyentuh, melihat dan bercakap dengannya." katanya.Dia menyimpan mayat kakaknya yang dipakaikan kot terbaiknya di atas satu sofa lama di dalam sebuah bilik kosong dan turut menyemburkan kakaknya dengan minyak wangi mahal kegemarannya.

Suaminya yang sebelum ini pernah dikebumikan di tanah perkuburan berhampiran rumahnya dipakaikan sut gelap, kemeja putih dan tali leher berwarna biru.Dia disimpan di atas sebuah sofa di dalam sebuah garaj.Jean mungkin berdepan tuduhan 'mendera' mayat yang disifatkan sebagai satu kesalahan jenayah. - AP
Anda mungkin juga meminati:

WANITA ROGOL LELAKI.... ADUYAI... Dahsyat...

FORSTER - Tujuh budak lelaki di sebuah sekolah swasta paling eksklusif di New South Wales, Australia mendakwa dirogol oleh seorang amah di asrama, lapor sebuah akhbar semalam. Mangsa memberitahu polis, kejadian itu berlaku antara Februari hingga Jun lalu di kawasan sekolah namun identiti suspek berusia 40 tahun dan nama sekolah dirahsiakan bagi melindungi mereka.Wanita itu mula ditahan pada Ogos lalu ekoran menyerang seorang budak lelaki tetapi kemudian didakwa memperkosa enam lagi pelajar selepas polis melakukan siasatan lanjut.

Dia dihadapkan ke sebuah mahkamah di sini, 308 kilometer dari Sydney pada minggu lalu untuk didakwa melakukan serangan seksual dengan pelajar terbabit.Pendedahan kes itu mengejutkan sekolah elit itu yang banyak mengeluarkan ramai tokoh politik tempatan, ahli sukan ternama dan individu berpengaruh Australia serta di peringkat antarabangsa.

Suspek itu berkhidmat umpama seorang ibu yang penyayang.Amah ini bertugas mengemas katil dan uniform sekolah malah menetap di sebuah flat dekat asrama pelajar tersebut.
Namun dia menyerah diri kepada pihak polis selepas dibuang kerja berikutan kes itu.
Wanita itu kini dibebaskan dengan jaminan tetapi dikehendaki melaporkan diri kepada polis tiga kali seminggu. - Agensi

Paku di kepala??



LIN yang mengetuk sendiri paku di kepalanya dirawat di Kolej Perubatan Shantou, China.

BEIJING - Seorang suami berumur 66 tahun, Ma Lin melakukan tindakan drastik apabila mengetuk sebatang paku sepanjang 20.3 sentimeter di kepalanya apabila isterinya mengkritik perbuatannya yang kaki botol, lapor sebuah akhbar semalam.

Anggota-anggota paramedik di Kolej Perubatan Shantou, China berjaya menarik keluar paku itu yang tertanam 2.54 sentimeter dari otaknya baru-baru ini.

Menurut Lin: "Saya menganggap kehidupan sudah tidak bernilai lagi menyebabkan saya berusaha untuk menamatkannya. Saya terjaga (daripada mabuk) dengan berasa amat sakit." - Agensi

KISAH MISTERI PESAKIT MATI HARI JUMAAT

Pernah diceritakan bahawa terdapat sebuah hospital di utara semenanjung yang mempunyai sebuah sebuah katil di wad ICU yang mana kesemua pesakit yang ditempatkan dikatil tersebut pasti akan mati pada hari jumaat dan masa kematian pesakit juga tidak jauh berbeza iaitu antara waktu 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari. Kejadian ajaib tersebut menjadi tandatanya kakitangan pihak hospital kerana semua pihak mulai membuat pelbagai andaian dan menyangka bahawa terdapat makhluk halus yang menghuni dikatil tersebut yang menyebabkan kesemua pesakit pasti meninggal pada hari jumaat sekiranya ditempatkan dikatil tersebut.

Setiap pesakit yang ditempatkan disitu pasti akan meninggal pada setiap hari Jumaat pagi tanpa mengira umur, jantina atau tahap kesihatan mereka Perkara ini sangat membingungkan para doktor...

Lalu para doktor memutuskan untuk memantau katil tersebut...mungkin makhluk halus ada menetap disitu. Apabila tiba hari Jumaat yang berikutnya.. . beberapa org doktor bersiap sedia untuk mengenalpasti penyebab kepada kematian di katil tersebut yang mana pada ketika seorang pesakit lelaki muda yang sedang tidur...

Beberapa doktor memegang Yassin dan Quran sebagai persiapan menghalau makhluk halus.. Masa berputar... pukul 08:00am..08:30am sehingga jam 9....00 am ...

tiba-tiba.... .....

Pintu bilik ICU itu terbuka.... Kemudian masuklah Makcik Timah Seorang pekerja sambilan sebagai pencuci yang hanya bertugas setiap hari jumaat.. Makcik Timah masuk... mendekati katil keramat tersebut.... dan terus mencabut.... soket elektrik untuk alat bantuan pernafasan pesakit yang berada bersebelahan katil pesakit dan terus meletakkan soket vacuum cleanernya dan meneruskan kerja beliau untuk mencuci lantai bilik.....

Itulah kisah misteri yang masih menjadi sebutan sehingga kini..mulianya kerana pesakit dipilih untuk mati hari jumaat oleh Makcik Timah la yang punya kerja..

Bayi AjaiB!

Gambar ini telah disiarkan di dalam ruangan sebuah akhbar tempatan di USA.
Pada mulanya, saya sendiri x percaya tatkala sya terlihat gambar ini dengan tajuk ceritanya. Bagi saya, x masuk akal langsung... namun bila sy baca inti pati crita sbenar, sy sgt2 trharu dn terkedu pabila sy mngetahui smua ini.
Gambar menunjukkan seorang bayi yang belum lahir lagi, berumur 21 minggu (lbih kurang 5bulan) bernama Samuel Alexander Armas. Bayi ini perlu menjalankan satu pembedahan khas oleh pakar bedah bernama Dr. Joseph Bruner. Bayi itu telah di sahkan melalui diagnosis sebagai mengidap sejenis penyakit bernama “spina bifida”, dan TIDAK MUNGKIN dia boleh hidup jika pembedahan tidak dilakukan sebelum dilahirkan ke dunia ini.

Ibu Samuel adalah seorang jururawat perbidanan di Atlanta, Georgia. Beliau mengetahui bahawa Dr. Joseph Bruner merupakan seorang pakar bedah yang handal melalui prosedur pembedahan uniknya. Dr. Bruner bertugas di Vanderbilt University Medical Center di Nashville, USA. Beliau telah melakukan pembedahan yang unik ini ke atas Samuel semasa bayi ini masih lagi berada di dalam rahim ibunya. Semasa pembedahan sedang berjalan, doctor tersebut telah membuka rahim si ibu menggunakan “C-section”, kemudian membuka pula satu lubang kecil untuk membedah bayi tersebut.

Sebaik sahaja Dr. Bruner selesai melakukan pembedahannya ke atas baby Samuel ini, bayi kecil ini telah menghulurkan tangan kirinya yang masih kecil tetapi telah sempurna kejadiannya, melalui lubang kecil tadi lalu terus memegang erat jari pakar bedah tersebut. Dr. Bruner telah di laporkan sebagai berkata kemudian bahawa apabila jarinya di pegang oleh bayi tersebut, dia merasakan sesuatu yang ganjil yang amat menusuk perasaan di sanubarinya, dan pada ketika itu juga dia berasa seolah-olah kaku dan tak boleh bergerak.

Gambar tersebut menunjukkan tangan bayi berumur 21 minggu itu memegang jari Dr. Joseph Bruner seolah-olah ia hendak memberi kata-kata penghargaan kepada doctor tersebut kerana telah menyelamatkannya.
Ibu Samuel pula berkata dia sekeluarga telah melinangkan airmata selama beberapa hari apabila melihat gambar tersebut dan berkata, “Gambar itu mengingatkan saya bahawa apabila saya sedang mengandung ianya bukanlah kerana satu penyakit atau pun keuzuran, akan tetapi ianya adalah mengenai seorang manusia yang kerdil”.

Apabila sampai masanya, Samuel telah dilahirkan di dalam keadaan yang sihat, dan pembedahan yang telah dilakukan keatasnya adalah juga 100% berjaya.Lihatlah gambar tersebut, betapa ianya amat menakjubkan kita semua. Namun kita juga harus mengambil iktibar daripadanya, bahawa ianya adalah satu-satunya lagi tanda kebesaran dan kekuasaan Tuhan! Manusia hanya boleh merancang sambil mengusahakan sesuatu, akan tetapi Tuhan jua yang akan menentukan segala-galanya.

Makan Sushi.... Otak BERULAT!

Inilah akibat makan sushi & sashimi (ikan mentah, gurita mentah,udang mentah, dsb). Nama orang ini Shota Fujiwara dari Gifuprefecture, Jepun, umur 80 thn, telah menderita sakit kepala yang luar biasa selama 3 tahun dan telah kehilangan kemampuan psikomotoricnya. Setelah menjalani pemeriksaan CT-scan & X-ray, doktor yang merawatnya menemukan sarang ulat di bawah kulit kepalanya namun masih diluar tempurung otaknya.
Jadi, BERHATI-HATILAH MEMAKAN SUSHI & SASHIMI !!!
Ulat seperti yg didapati pada kepala Shota Fujiwara adalah berasal dari parasit yg selalunya didapati pada tubuh ikan mentah baik ikan laut mahupun ikan air tawar. Ulat parasit & telurnya hanya boleh dimatikan dgn melalui proses pemasakan dgn panas yang tinggi (digoreng, dipanggang atau direbus mendidih atau dgn pembekuan -10 degC s/d -20 degC selama lebih dari 1 minggu).

Sunday, October 3, 2010

Peranan pendidikan dalam cita-cita

"Kalau kita memulai langkah dengan rasa takut, maka sebenarnya kita tidak pernah melangkah... " (A. H. Nayyar, ph. D, Presiden Pakistan Peace Coalition).

Adalah sangat mustahil bagi seseorang manusia hidup tanpa cita- cita. Allah SWT tidak mencipta manusia tanpa tujuan dan harapan. Pada saat manusia lahir dan menghirup hawa dunia, saat itulah juga manusia harus bersedia menerima dan menunaikan amanah Allah di dunia ini. Sinonim seperti dalam kehidupan, kita mempunyai banyak tanggungjawab dan impian yang harus dicapai, disebabkan itu, adalah satu kewajipan manusia untuk terus mencuba untuk melangkah mencapai satu tahap demi satu tahap sehingga akhirnya Allah memberikan kemenangan pada kita. Ia adalah cita- cita. Jangan takut untuk memiliki cita-cita, kerana dengan cita- cita, jasad kita akan menjadi aktif dan bertenaga, akal menjadi lebih kreatif dan inovatif, jiwa dan roh kita juga akan senantiasa dekat pada Rabbnya.

Terdapat banyak elemen yang penting yang seringkali kita berusaha untuk mencapainya. Antara satunya adalah dalam bidang pendidikan. Dalam blog saya, suka saya tekankan cita- cita dalam pendidikan di mana bagi saya adalah amat penting bagi seseorang insan itu memiliki pendidikan, sebaiknya, biarlah sampai ke tahap yang tertinggi. Dunia sekarang kian maju dek zaman. Tidak hairanlah mengapa pemuda yang memiliki segulung Ijazah pun bekerja sebagai pencuci tandas awam. Namun begitu, dalam negara Malaysia, masih wujud segelitir masyarakat yang tidak menyedari tentang kepentingan pendidikan dalam kehidupan. Kanak-kanak kampung masing-masing telah menyimpan cita-cita untuk menjadi seorang parajurit, seorang pendidik, seorang penyelidik, ahli sukan dan macam-macam lagi. Namun tanpa pendidikan, adalah mustahil bagi mereka mencapai semua itu. Ibubapa, terutama mereka yang berada di kawasan pedalaman, dimana pemikiran mereka masih terikat pada pemikiran yang kuno, tiada ruang untuk pendidikan, menyebabkan generasi- generasi baru yang sepatutnya menjadi pelapis pemimpin-pemimpin, para pendidik dan juga para parajurit negara hilang terkubur begitu sahaja.
              Dalam situasi tersebut, dapat saya simpulkan betapa pentingnya peranan pendidikan dalam cita-cita. Maka dengan itu, akan terlahirlah golongan-golongan anak muda yang terpesong daripada landasan sepatutnya seperti mat rempit, penagih dadah, dan peragut yang hidup bercita-citakan cita-cita yang membawa kerosakan dan musibah terhadap dirinya, keluarganya dan seterusnya, kepada negara kita sendiri.