Sunday, October 24, 2010

WANITA ROGOL LELAKI.... ADUYAI... Dahsyat...

FORSTER - Tujuh budak lelaki di sebuah sekolah swasta paling eksklusif di New South Wales, Australia mendakwa dirogol oleh seorang amah di asrama, lapor sebuah akhbar semalam. Mangsa memberitahu polis, kejadian itu berlaku antara Februari hingga Jun lalu di kawasan sekolah namun identiti suspek berusia 40 tahun dan nama sekolah dirahsiakan bagi melindungi mereka.Wanita itu mula ditahan pada Ogos lalu ekoran menyerang seorang budak lelaki tetapi kemudian didakwa memperkosa enam lagi pelajar selepas polis melakukan siasatan lanjut.

Dia dihadapkan ke sebuah mahkamah di sini, 308 kilometer dari Sydney pada minggu lalu untuk didakwa melakukan serangan seksual dengan pelajar terbabit.Pendedahan kes itu mengejutkan sekolah elit itu yang banyak mengeluarkan ramai tokoh politik tempatan, ahli sukan ternama dan individu berpengaruh Australia serta di peringkat antarabangsa.

Suspek itu berkhidmat umpama seorang ibu yang penyayang.Amah ini bertugas mengemas katil dan uniform sekolah malah menetap di sebuah flat dekat asrama pelajar tersebut.
Namun dia menyerah diri kepada pihak polis selepas dibuang kerja berikutan kes itu.
Wanita itu kini dibebaskan dengan jaminan tetapi dikehendaki melaporkan diri kepada polis tiga kali seminggu. - Agensi

Paku di kepala??



LIN yang mengetuk sendiri paku di kepalanya dirawat di Kolej Perubatan Shantou, China.

BEIJING - Seorang suami berumur 66 tahun, Ma Lin melakukan tindakan drastik apabila mengetuk sebatang paku sepanjang 20.3 sentimeter di kepalanya apabila isterinya mengkritik perbuatannya yang kaki botol, lapor sebuah akhbar semalam.

Anggota-anggota paramedik di Kolej Perubatan Shantou, China berjaya menarik keluar paku itu yang tertanam 2.54 sentimeter dari otaknya baru-baru ini.

Menurut Lin: "Saya menganggap kehidupan sudah tidak bernilai lagi menyebabkan saya berusaha untuk menamatkannya. Saya terjaga (daripada mabuk) dengan berasa amat sakit." - Agensi

KISAH MISTERI PESAKIT MATI HARI JUMAAT

Pernah diceritakan bahawa terdapat sebuah hospital di utara semenanjung yang mempunyai sebuah sebuah katil di wad ICU yang mana kesemua pesakit yang ditempatkan dikatil tersebut pasti akan mati pada hari jumaat dan masa kematian pesakit juga tidak jauh berbeza iaitu antara waktu 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari. Kejadian ajaib tersebut menjadi tandatanya kakitangan pihak hospital kerana semua pihak mulai membuat pelbagai andaian dan menyangka bahawa terdapat makhluk halus yang menghuni dikatil tersebut yang menyebabkan kesemua pesakit pasti meninggal pada hari jumaat sekiranya ditempatkan dikatil tersebut.

Setiap pesakit yang ditempatkan disitu pasti akan meninggal pada setiap hari Jumaat pagi tanpa mengira umur, jantina atau tahap kesihatan mereka Perkara ini sangat membingungkan para doktor...

Lalu para doktor memutuskan untuk memantau katil tersebut...mungkin makhluk halus ada menetap disitu. Apabila tiba hari Jumaat yang berikutnya.. . beberapa org doktor bersiap sedia untuk mengenalpasti penyebab kepada kematian di katil tersebut yang mana pada ketika seorang pesakit lelaki muda yang sedang tidur...

Beberapa doktor memegang Yassin dan Quran sebagai persiapan menghalau makhluk halus.. Masa berputar... pukul 08:00am..08:30am sehingga jam 9....00 am ...

tiba-tiba.... .....

Pintu bilik ICU itu terbuka.... Kemudian masuklah Makcik Timah Seorang pekerja sambilan sebagai pencuci yang hanya bertugas setiap hari jumaat.. Makcik Timah masuk... mendekati katil keramat tersebut.... dan terus mencabut.... soket elektrik untuk alat bantuan pernafasan pesakit yang berada bersebelahan katil pesakit dan terus meletakkan soket vacuum cleanernya dan meneruskan kerja beliau untuk mencuci lantai bilik.....

Itulah kisah misteri yang masih menjadi sebutan sehingga kini..mulianya kerana pesakit dipilih untuk mati hari jumaat oleh Makcik Timah la yang punya kerja..

Bayi AjaiB!

Gambar ini telah disiarkan di dalam ruangan sebuah akhbar tempatan di USA.
Pada mulanya, saya sendiri x percaya tatkala sya terlihat gambar ini dengan tajuk ceritanya. Bagi saya, x masuk akal langsung... namun bila sy baca inti pati crita sbenar, sy sgt2 trharu dn terkedu pabila sy mngetahui smua ini.
Gambar menunjukkan seorang bayi yang belum lahir lagi, berumur 21 minggu (lbih kurang 5bulan) bernama Samuel Alexander Armas. Bayi ini perlu menjalankan satu pembedahan khas oleh pakar bedah bernama Dr. Joseph Bruner. Bayi itu telah di sahkan melalui diagnosis sebagai mengidap sejenis penyakit bernama “spina bifida”, dan TIDAK MUNGKIN dia boleh hidup jika pembedahan tidak dilakukan sebelum dilahirkan ke dunia ini.

Ibu Samuel adalah seorang jururawat perbidanan di Atlanta, Georgia. Beliau mengetahui bahawa Dr. Joseph Bruner merupakan seorang pakar bedah yang handal melalui prosedur pembedahan uniknya. Dr. Bruner bertugas di Vanderbilt University Medical Center di Nashville, USA. Beliau telah melakukan pembedahan yang unik ini ke atas Samuel semasa bayi ini masih lagi berada di dalam rahim ibunya. Semasa pembedahan sedang berjalan, doctor tersebut telah membuka rahim si ibu menggunakan “C-section”, kemudian membuka pula satu lubang kecil untuk membedah bayi tersebut.

Sebaik sahaja Dr. Bruner selesai melakukan pembedahannya ke atas baby Samuel ini, bayi kecil ini telah menghulurkan tangan kirinya yang masih kecil tetapi telah sempurna kejadiannya, melalui lubang kecil tadi lalu terus memegang erat jari pakar bedah tersebut. Dr. Bruner telah di laporkan sebagai berkata kemudian bahawa apabila jarinya di pegang oleh bayi tersebut, dia merasakan sesuatu yang ganjil yang amat menusuk perasaan di sanubarinya, dan pada ketika itu juga dia berasa seolah-olah kaku dan tak boleh bergerak.

Gambar tersebut menunjukkan tangan bayi berumur 21 minggu itu memegang jari Dr. Joseph Bruner seolah-olah ia hendak memberi kata-kata penghargaan kepada doctor tersebut kerana telah menyelamatkannya.
Ibu Samuel pula berkata dia sekeluarga telah melinangkan airmata selama beberapa hari apabila melihat gambar tersebut dan berkata, “Gambar itu mengingatkan saya bahawa apabila saya sedang mengandung ianya bukanlah kerana satu penyakit atau pun keuzuran, akan tetapi ianya adalah mengenai seorang manusia yang kerdil”.

Apabila sampai masanya, Samuel telah dilahirkan di dalam keadaan yang sihat, dan pembedahan yang telah dilakukan keatasnya adalah juga 100% berjaya.Lihatlah gambar tersebut, betapa ianya amat menakjubkan kita semua. Namun kita juga harus mengambil iktibar daripadanya, bahawa ianya adalah satu-satunya lagi tanda kebesaran dan kekuasaan Tuhan! Manusia hanya boleh merancang sambil mengusahakan sesuatu, akan tetapi Tuhan jua yang akan menentukan segala-galanya.

Makan Sushi.... Otak BERULAT!

Inilah akibat makan sushi & sashimi (ikan mentah, gurita mentah,udang mentah, dsb). Nama orang ini Shota Fujiwara dari Gifuprefecture, Jepun, umur 80 thn, telah menderita sakit kepala yang luar biasa selama 3 tahun dan telah kehilangan kemampuan psikomotoricnya. Setelah menjalani pemeriksaan CT-scan & X-ray, doktor yang merawatnya menemukan sarang ulat di bawah kulit kepalanya namun masih diluar tempurung otaknya.
Jadi, BERHATI-HATILAH MEMAKAN SUSHI & SASHIMI !!!
Ulat seperti yg didapati pada kepala Shota Fujiwara adalah berasal dari parasit yg selalunya didapati pada tubuh ikan mentah baik ikan laut mahupun ikan air tawar. Ulat parasit & telurnya hanya boleh dimatikan dgn melalui proses pemasakan dgn panas yang tinggi (digoreng, dipanggang atau direbus mendidih atau dgn pembekuan -10 degC s/d -20 degC selama lebih dari 1 minggu).

Sunday, October 3, 2010

Peranan pendidikan dalam cita-cita

"Kalau kita memulai langkah dengan rasa takut, maka sebenarnya kita tidak pernah melangkah... " (A. H. Nayyar, ph. D, Presiden Pakistan Peace Coalition).

Adalah sangat mustahil bagi seseorang manusia hidup tanpa cita- cita. Allah SWT tidak mencipta manusia tanpa tujuan dan harapan. Pada saat manusia lahir dan menghirup hawa dunia, saat itulah juga manusia harus bersedia menerima dan menunaikan amanah Allah di dunia ini. Sinonim seperti dalam kehidupan, kita mempunyai banyak tanggungjawab dan impian yang harus dicapai, disebabkan itu, adalah satu kewajipan manusia untuk terus mencuba untuk melangkah mencapai satu tahap demi satu tahap sehingga akhirnya Allah memberikan kemenangan pada kita. Ia adalah cita- cita. Jangan takut untuk memiliki cita-cita, kerana dengan cita- cita, jasad kita akan menjadi aktif dan bertenaga, akal menjadi lebih kreatif dan inovatif, jiwa dan roh kita juga akan senantiasa dekat pada Rabbnya.

Terdapat banyak elemen yang penting yang seringkali kita berusaha untuk mencapainya. Antara satunya adalah dalam bidang pendidikan. Dalam blog saya, suka saya tekankan cita- cita dalam pendidikan di mana bagi saya adalah amat penting bagi seseorang insan itu memiliki pendidikan, sebaiknya, biarlah sampai ke tahap yang tertinggi. Dunia sekarang kian maju dek zaman. Tidak hairanlah mengapa pemuda yang memiliki segulung Ijazah pun bekerja sebagai pencuci tandas awam. Namun begitu, dalam negara Malaysia, masih wujud segelitir masyarakat yang tidak menyedari tentang kepentingan pendidikan dalam kehidupan. Kanak-kanak kampung masing-masing telah menyimpan cita-cita untuk menjadi seorang parajurit, seorang pendidik, seorang penyelidik, ahli sukan dan macam-macam lagi. Namun tanpa pendidikan, adalah mustahil bagi mereka mencapai semua itu. Ibubapa, terutama mereka yang berada di kawasan pedalaman, dimana pemikiran mereka masih terikat pada pemikiran yang kuno, tiada ruang untuk pendidikan, menyebabkan generasi- generasi baru yang sepatutnya menjadi pelapis pemimpin-pemimpin, para pendidik dan juga para parajurit negara hilang terkubur begitu sahaja.
              Dalam situasi tersebut, dapat saya simpulkan betapa pentingnya peranan pendidikan dalam cita-cita. Maka dengan itu, akan terlahirlah golongan-golongan anak muda yang terpesong daripada landasan sepatutnya seperti mat rempit, penagih dadah, dan peragut yang hidup bercita-citakan cita-cita yang membawa kerosakan dan musibah terhadap dirinya, keluarganya dan seterusnya, kepada negara kita sendiri.

Saturday, August 28, 2010

Sejarah Perkembangan Komputer

Perkembangan komputer terbahagi kepada 2 peringkat :-
                          > sebelum tahun 1940
                          > Selepas tahun 1940

Sebelum tahun 1940

  Alat pengolah data dari sejak zaman purba hingga kini boleh kita golongkan kepada 4 golongan besar:-
1. Peralatan manual: peralatan pengolahan data yang sangat sederhana, dan
faktor terpenting dalam pemakaian alat adalah menggunakan tenaga tangan
manusia

2. Peralatan Mekanik: peralatan yang sudah berbentuk mekanik yang
digerakkan dengan tangan secara manual

3. Peralatan Mekanik Elektronik: Peralatan mekanik yang digerakkan oleh secara automatik oleh motor elektronik

4. Peralatan Elektronik: Peralatan yang bekerjanya secara elektronik penuh

Beberapa peralatan yang telah digunakan sebagai alat pengiraan sebelum kemunculan
komputer :

1. Abacus

Muncul sekitar 5000 tahun di Asia kecil dan masih digunakan di beberapa
tempat hingga kini, dapat dianggap sebagai mesin awal dalam sejarah komputer. Alat ini
digunakan untuk melakukan pengiraan dengan menggunakan biji-bijian
geser yang diatur pada sebuh rak. Para pedagang di masa itu menggunakan
abacus untuk menghitung transaksi perdagangan. Namun apabila kertas dan pensel ditemui, terutamanya di Eropah, Abacus semakin dilupakan.

2. Kalkulator roda numerik
Kalkulatr Roda Numerik

Blaise Pascal
Setelah hampir 12 abad, muncul penemuan lain dalam hal mesin komputer. Pada
tahun 1642, Blaise Pascal (1623-1662), yang pada waktu itu berumur 18 tahun,
menemukan apa yang ia sebut sebagai kalkulator roda numerik (numerical wheel calculator) untuk membantu ayahnya melakukan pengiraan pajak.
    Kotak persegi kuningan ini yang dinamakan Pascaline, menggunakan delapan roda
putar bergerigi untuk menjumlahkan bilangan hingga lapan digit. Alat ini
merupakan alat pengiraan bilangan berbase sepuluh. Kelemahan alat ini adalah ia
hanya terbatatas untuk melakukan penjumlahan.

3. Pascaline calculator
Pascaline calculator

Gottfred Wilhem von Leibniz
Pada tahun 1694, seorang matematikawan dan falsafah Jerman, Gottfred Wilhem von
Leibniz (1646-1716) memperbaiki Pascaline dengan membuat mesin yang dapat
mengalikan. Sama seperti pendahulunya, alat mekanik ini bekerja dengan
menggunakan roda-roda gerigi. Dengan mempelajari catatan dan gambar-gambar
yang dibuat oleh Pascal, Leibniz mencipta alatnya.





4. Kalkulator Mekanik (arithmometer)

Arithmometer / Kalkulator mekanikal Colmar

Charles Xavier Thomas de Colmar menemukan mesin yang dapat melakukan empat
fungsi aritmatik dasar. Kalkulator mekanik Colmar, arithmometer, menunjukkan
pendekatan yang lebih dalam dalam kalkulator karena alat tersebut dapat melakukan
penambahan, penolakan, pendaraban, dan pembahagian. Dengan kemampuannya,
arithmometer banyak digunakan hingga Perang Dunia I. Bersama-sama
dengan Pascal dan Leibniz, Colmar membantu membangunkan era komputasi
mekanikal.

Awal mula komputer yang sebenarnya dibentuk oleh seorang profesor
matematik Inggeris, Charles Babbage (1791-1871).
Charles Babbage
Pada tahun 1812, Babbage memperhatikan kesesuaian alam antara mesin mekanik dan matematik. dalam pemerhatiannya, mesin mekanik sangat baik dalam mengerjakan tugas yang sama secara berulangkali tanpa kesalahan; sedangkan matematik memerlukan pengulangan sederhana dari suatu langkah-langkah tertentu.
Masalah tersebut kemudian berkembang hingga menempatkan mesin mekanik sebagai
alat untuk menjawab masalah mekanik. Usaha Babbage yang pertama untuk
menjawab masalah ini muncul pada tahun 1822 ketika ia mengusulkan satu mesin
untuk melakukan perhitungan persamaan differensil. 
different engin
Mesin tersebut dinamakan Mesin
Differensial. Dengan menggunakan tenaga wap, mesin tersebut dapat menyimpan
program dan dapat melakukan pengiraan serta mencetak hasilnya secara automatik.

Setelah bekerja dengan Mesin Differensial selama sepuluh tahun, Babbage tiba- tiba ingin memulakan kerja membuat komputer general-purpose yang pertama,
yang disebut Analytical Engine. 

analytical engine

Asisten Babbage, Augusta Ada King (1815-1842) memiliki peran penting dalam pembuatan mesin ini. 

Asisten Babbage, Augusta Ada King

Ia membantu menulis rencana, meohon bantuan dana dari pemerintah Inggeris, dan menyebarkan spesifikasi Anlytical Engine kepada awam. Augusta sangat memahami mesin ini dan beliau telah membuat panduan/manual/instruction untuk dimasukkan ke dalam mesin dan
juga sekaligus membuatkan beliau telah menjadi programmer wanita yang pertama di dunia. Pada tahun 1980, 4 Departemen Pertahanan Amerika Serikat menamakan sebuah bahasa pemrograman
dengan nama ADA sebagai penghormatan kepadanya.



Pada 1889, Herman Hollerith (1860-1929) juga menerapkan prinsip kad perforasi
untuk melakukan pengiraan. Tugas pertamanya adalah mencari cara
yang lebih cepat untuk melakukan perhitungan bagi Biro Sensus Amerika Serikat.
Sensus sebelumnya yang dilakukan di tahun 1880 memerlukan waktu tujuh tahun
untuk menyelesaikan pengiraanya. Dengan berkembangnya populasi, Biro tersebut
memperkirakan bahawa diperlukan waktu sepuluh tahun untuk menyelesaikan
perhitungan sensus.

Herman Hollerith

Pada masa berikutnya, beberapa pakar membuat penemuan baru lainnya. Vannevar
Bush (1890-1974) membuat sebuah kalkulator untuk menyelesaikan persamaan
differensial di tahun 1931. Mesin tersebut dapat menyelesaikan persamaan differensial
kompleks yang selama ini dianggap rumit oleh kalangan akademisi. Mesin tersebut
sangat besar dan berat karena ratusan gerigi dan poros yang dibutuhkan untuk
melakukan perhitungan. 

Vannevar Bush

bush vannevar differential analyzer


 Pada tahun 1903, John V. Atanasoff dan Clifford Berry
mencuba membuat komputer elektrik yang menerapkan algebra Boolean pada litar
elektrik. Pendekatan ini didasarkan pada hasil kerja George Boole (1815-1864) berupa
sistem algebra biner, yang menyatakan bahawa setiap persamaan matematik dapat
dinyatakan sebagai benar atau salah. Dengan mengaplikasikan konsep benar-salah ke
dalam litar letrik dalam bentuk terhubung-terputus, Atanasoff dan Berry membuat
komputer elektrik pertama di tahun 1940. Namun projek mereka terhenti kerana
kehilangan sumber pendanaan.

Setelah tahun 1940 

Perkembangan komputer setelah tahun 1940 dibagi lagi menjadi 5 generasi :-

1. Komputer generasi pertama ( 1940-1959 )

Komputer generasi pertama ini menggunakan tabung vakum untuk memproses
dan menyimpan data. Ia menjadi cepat panas dan mudah terbakar, oleh karena itu
beribu-ribu tabung vakum diperlukan untuk menjalankan operasi keseluruhan komputer.
Ia juga memerlukan banyak tenaga elektrik yang menyebabkan gangguan elektrik di
kawasan sekitarnya.

Komputer generasi pertama ini 100% elektronik dan membantu para ahli dalam
menyelesaikan masalah pengiraan dengan cepat dan tepat. Beberapa komputer
generasi pertama :

a. ENIAC (Electronic Numerical Integrator And Calculator )
dirancang oleh Dr John Mauchly dan Presper Eckert pada tahun 1946. 
Komputer generasi ini sudah mulai menyimpan data yang dikenal sebagai konsep
penyimpanan data (stored program concept) yang dikemukakan oleh John Von
Neuman.

ENIAC
 b. EDVAC Computer

Penggunaan tabung vakum juga telah dikurangi di dalam perancangan komputer
EDVAC (Electronic Discrete Variable Automatic Computer) di mana proses
pengiraan menjadi lebih cepat dibandingkan ENIAC.

EDVAC
c. EDSAC COMPUTER

EDSAC (Electonic Delay Storage Automatic Calculator) memperkenalkan penggunaan
raksa (merkuri) dalam tabung untuk menyimpan data.

EDSAC 
 d. UNIVAC 1 Computer

Pada tahun 1951 Dr Mauchly dan Eckert mencipta UNIVAC 1 (Universal
Automatic Calculator ) komputer pertama yang digunakan untuk memproses data
perdagangan.

UNIVAC

2. Komputer generasi kedua ( 1959 - 1964 )

Pada tahun 1948, penemuan transistor sangat mempengaruhi perkembangan
komputer. Transistor menggantikan tabung vakum di televisyen, radio, dan komputer.
Akibatnya, saiz mesin-mesin elektrik berkurang.
Transistor mulai digunakan di dalam komputer pada tahun 1956.
Penemuan lain yang berupa pengembangan memori inti-magnetik membantu
perkembangan komputer generasi kedua yang lebih kecil, lebih cepat, lebih dapat
diandalkan, dan lebih jimat tenaga dibanding yang sebelumnya. Mesin pertama yang
memanfaatkan teknologi baru ini adalah superkomputer.


IBM membuat superkomputer bernama Stretch, dan Sprery-Rand membuat
komputer bernama LARC. Komputer-komputer ini, yang dikembangkan untuk
laboratorium tenaga atom, dapat menangani data dalam jumlah yang besar. Mesin
tersebut sangat mahal dan cenderung terlalu kompleks untuk keperluan sambungan
perninagaan, sehingga membatasi kepopularannya. Hanya ada dua LARC yang pernah dipasang dan digunakan: satu di Lawrence Radiation Labs di Livermore, California dan yang lainnya di US Navy Research and Development center di Washington DC.

Komputer generasi kedua menggantikan bahasa mesin dengan bahasa assembly yang menggunakan singkatan untuk menggantikan kod binari. 
Pada awal 1960-an, komputer generasi kedua yang sukses dalam bidang perniagaan, di univesiti dan dalam  bidang pemerintahan mulai muncul. Komputer- komputer tersebut menggunakan transistor sepenuhnya. Mereka juga memiliki komponen- komponen yang boleh dikaitkan dengan komputer pada saat ini ; printer, penyimpanan dalam disket, memory, sistem operasi, dan program.
 "Komputer DEC PDP-8"
Salah satu contoh penting komputer ini adalah IBM 1401 yang diterima luas dalam kalangan industri.

DEC PDP-8
Pada tahun 1965, hampir seluruh perniagaan besar menggunakn komputer generasi kedua untuk memproses maklumat kewangan. Program yang tersimpan di dalam komputer dan bahasa pemograman yang ada di dalamnya memberikan kadar fleksibiliti yang tinggi kepada komputer.
Beberapa bahasa pemogramman mulai bermunculan pada saat itu. Bahasa pemogramman Common Bussiness-Oriented Language (COBOL) dan Formula Translator  (FORTRAN) mulai digunakan secara umum. Bahasa pemogramman ini menggantikan kod mesin yang rumit dangan kata-kata, kalimat, dan formula matematik yang lebih mudah difahami.Industri perisian mula berkembang pad masa komputer generasi kedua ini.

 3. Komputer generasi ketiga (1964- awal 80an)

Walaupun transistor dalam banyak hal mengungguli tube vakum, namun transistor menghasilkan panas yang ckup besar, berpotensi untuk merosakkan bahagian dalaman komputer. Batu kuarsa (quartz rock) menangani masalah ini. 
Jack Kilby, seorang jurutera di Texas Instrument, mengembangkan litar bersepadu (IC : integrated circuit) pada tahun 1958. IC mengombinasikan tiga komponen elektronik dalam sebuah piringan silikon kecil yang dihasilkan daripada pasir kuarsa. Para pakar komputer kemudiannyaberhasil memasukkan memasukkan lebih banyak komponen- komponen ke dalam satu cip tunggal yang disebut semikonduktor. Hasilnya, komputer menjadi semakin kecil kerana bahagian- bahagian boleh disalut dalam cip. Kemajuan komputer ketiga lainnya adalah untuk menjalankan pelbagai program yang berbeza secara serentakdengan sebuah program utama yang memonitor dan mengkoordinasi memori komputer.

quartz rock
cip















4. Komputer generasi keempat (awal 80an)

Setelah IC, tujuan perkembangan menjadi lebih jelas; mengecilkan ukuran dan komponen elektrik. Large Scale Integration (LSI) dapat memut ratusan komponen dalam sebuah cip. Pada tahun 1980-an, Very Large Scale Integration (VSLI) mengandungi ribuan komponen dalam sebuah cip tunggal.

LSI

VLSI

Ultra-Large Scale Integration (ULSI) meningkatkan jumplah tersebut menjadi jutaan. Kemampuan untuk memasang sedemikian banyak komponen dalam suatu keping yang berukuran setengah keping wang logam mendorong turunnya harga dan ukuran komputer. hal tersebut juga meningkatkan daya kerja, efisiensi dan keterandalan Komputer.

cip intel 4004
Cip intel 4004 yang dibuat pada tahun 1971 membawa kemajuan pada IC dengan meletakkan seluruh komponen dari sebuah komputer (central processing unit, memori, dan kendali input/output) dalam sebuah cip yang sangat kecil. Sebelumnya. IC dibuat untuk mengerjakan suatu tugas tertentu yang spesifik. Sekarang, sebuah mikro pemproses boleh dihasilkan dan kemudian diprogram untuk memenuhi semua keperluan yang dikehendaki. Pada tahun 1981, IBM memperkenalkan penggunaan Personal computer (PC) untuk kegunaan di rumah, pejabat dan sekolah. Komputer meneruskan evolusinya menuju ukuran yang ebih kecil, dari komputer yang berada di atas meja (desktop computer) menjadi komputer yang dimasukkan ke dalam beg (laptop) atau bahkan yang boleh digenggam (PALMTOP).

5. Komputer generasi kelima (masa depan)

Banyak kemajuan di bidang rekaan komputer dan teknologi semakin maju dalam pemubuatan komputer generasi kelima. Dua kemajuan, kejuruteraan yang terutama adalah kemampuan pemprosesan selari, yang akan menggantikan model non Neumann. Model bukan Neumann akan digantikan dengan sistem yang mampu menyelaras banyak CPU untuk digantikan dengan sistem yang mampu menyelaras banyak CPU untuk bekerja secara serentak. Jepun adalah negara yang terkenal dalam sosialisasi jargon dan projek komputer generasi kelima. Lembaga ICOT (Institute for new Computer Technology) juga dibentuk untuk merealisasikannya. Banyak berita yang menyatakan bahawa projek ini telah gagal, namun beberapa maklumat lain bahawa kejayaan projek komputer generasi kelima  ini akan membawa perubahan baru paradigma komputerisasi di sunia. Kita tunggu maklumat di mana lebih membuahkan hasil.